Showing posts with label Sharing Info. Show all posts
Showing posts with label Sharing Info. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Hand Foot & Mouth Disease (HFMD)

Salam...

Aritu aqif kene admit kat hospital sbb dia kene infection HFMD, penyakit mulut kaki dan tangan... Saya ssgt2 risau ok....So, kat sini, just nak share ngan semua pasal virus ni... Dont take things for granted... Make sure early prevention and protection k...  Will update pasal aqif admit soon... so, jom tambah ilmu pasal this infection...=)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANAK anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.

Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan.
Wabak HFMD yang menyebabkan semua 488 taman asuhan kanak-kanak di Sarawak ditutup serta-merta selama dua minggu sejak 3 Mac lalu sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa, termasuklah yang berada di Semenanjung tanah air.

Sehingga kini, HFMD telah meragut empat nyawa manakala Brunei Darussalam mencatatkan satu kematian pada 5 Mac lalu dan turut menutup semua sekolah rendah dan sekolah agama di negara berkenaan bermula Rabu lalu sehingga diberitahu kelak.

Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat HFMD, setahun kemudian.
Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama.

Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, rasa panik serta kekeliruan yang berkaitan dengan ciri-ciri penyakit HFMD seperti mengaitkannya dengan penyakit kuku dan mulut (HMD) yang menyerang binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri.

Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.

Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.

Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.

Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.

Gejala-gejala

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
•  Ulser pada tekak dan mulut
•  Sakit kepala
•  Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

Komplikasi
Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.

Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).

Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.

Prognosis
Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Hubungi doktor sekiranya:
• Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
• Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
• Demam lebih tiga hari
•  Sakit mulut semakin teruk
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Langkah-langkah pencegahan

• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

 Sumber : Kementerian Penerangan

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Tuesday, September 18, 2012

Kalau kite terjaga malam....

Salam...

Jika Anda Terjaga Di Tengah Malam
1. Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

2. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Wednesday, July 11, 2012

Kisah Pensil & Pemadam

Salam.....

Terjumpa cite ni kat FB.... Best lak to share...=) Happy reading!!!
Kisah pensil dan pemadam serta pengajarannya......

Pencil: I'm sorry !
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me.

Whenever I made a mistake, you're always there to erase it.

But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself.

You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this.

I was made to help you whenever you do something wrong.

Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one,

I'm actually happy with my job.

So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

This conversation between the pencil and the eraser very inspirational.

Parents are like the eraser whereas their children are the pencil.

They're always there for their children, cleaning up their mistakes.

Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on.

Though their children will eventually find someone new (spouse),

but parents are still happy with what they do for their children,

and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

All my life, I've been the pencil.

And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day.

For I know that one day,

all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have.

We never know the love of our parents for us
until we have became parents
Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

 

Sunday, May 6, 2012

Booking through Agoda website.....

Salam....

Korg penah booking hotel through agoda x? adoii...aku first time tau booking hotel through agoda ni...sbb lps buat some research, ramai kata harga mmg murah sket compared to other alternative... Hurm... and i guess, its true... lps survey2, mmg pon.... 

Actually, aku ada team building, 11-13 May, kat lumut. Actually, mmg aku akan tgglkan aqif ngan papa utk 3 hari event tu... tp last minut lps bncg2, papa n aqif ikut jugak aku g sana... hahaha... boleh x? sedih sebenarnye, nak tgglkan aqif lama... hehehe... sbb dia still breast feed.... at first papa willingly utk jaga, tp tetibe dia nak ikut jugak... actually, kat sana nnt, dia kene jg jugak kan? sbb siang mmg whole day la aku kene ikut aktiviti kan... xpela, papa kata dia pon xsanggup kene tggl lama2...hahaha.... terharu *gedik btol*


Ok, sambung bab agoda td... so, jumaat aritu lps blk keje, aku pon terus la nak booking bilik... dia bayar mmg pakai kad credit or paypal. so, mmg terus deduct... se3kali lps half and hour tu, bukak email, check dia kata successfull tapi..............argggggghhhhhhhhhhhhhhhhh, nape date dia 5-7 May.... Ya Allah...cane nih.... terus kelam kabut.... tanya husband.... try click kat "tukar tarikh saya", tapi dia x bagi n suh check admin segala bagai....sbb yg aku booked tu bukan Pembatalan Percuma...terima kasih, harap maklum.... =(


Aku pon explore n check2 la no phone admin agoda n... utk tuka date dia... adoiii, international no la, and any communication akan di charge...erm, redha jela....dpt kol n ckp ngan customer service agoda tu, dia kate mmg xleh tuka, aku beria kata n explain yg aku mmg click 11-13 May...  tapi xtau nape dia change 5-7...dia kate dia akan buat report n check ngan hotel cana... kalau mmg xde kosong mase 11-13 May tu, aku mmg xde choice, nak cancel pon, xkan pulang duit... pape, dia suh tggu esok, sbb mase tu dah kol 11 malam!!!! tdo pon xtenang tau....


Husband dgn muke slumber je kata... xpela, packing je la barang..... esok kite g k... aik???? xkan nak g 2 kali??? blk ari isnin n jumaat dah kene g sana blk.... aku kene RM5 rat lebih kot...  melayang la $$$$ fulus ku.... apa la dugaan ni.... tapi yg buatkan aku tenang, bile hubby ku tenang je menenangkan aku.... thanks sayang.... dia kata nasib baik aku yg booking, kalau dia yg booking, mesti dia kene marah... adoiii, macam, teruk je aku ni kan.... tp aku rase mmg betol kot...hahahaa.... nasib baik aku yg buat....


Esoknye, pagi2, aku terus kol Swiss Garden hotel, tanya cana.... Nasib baik org yg pick up phone tu baik... siap kata lg, dah dpt report aku dr agoda... n br reply pg tu sbb diorg dpt email dr agoda kul 11 lebih...so agak efficient gak la agoda ni kan.... hehehe... dia kata 11-13 tu ada kosong, so diorg dah tuka date aku.... fuhhh... alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah.., lega sgt... dioa kate skang tggu je email n confirmation dr agoda... Ya Allah, mase tu, syukur sgt... kalau x, mesti thousand plus gak duit aku abis dlm semggu je byr duit hotel...Hurmm...


So, kesimpulannye, aku x serik utk booked hotel through agoda ni.... Hurmm, tapi xtaula kan sbb belom g lagi... tggggguuuuuuu 11-13 May nnt la cana....

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

Monday, April 30, 2012

Egg Tart from KFC

Salam...

One bite, and you're hooked!!!
Yes...totally agreed. Aku mmg sgt jatuh cinta dgn kesedapan Egg Tart from kfc ni... sebenarnye mmg dah lama, since pregnant aqif dulu...tp sekarang br berkesempatan nak share...=)

Pleasure in every bite!

Cube perhatikan texture tart ni.... sedap dimkn panas2...



Sedapnyer...mmg terbaek... i think, this one is the best thing in KFC...(^,^)

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

Sunday, April 22, 2012

Colmar Tropicale & Wet World Pedas

Salam..

Mase birthday my hubby aritu kitorg decide nak g berjalan2 n berholiday konon....So kitorg decide utk g Colmar Tropicale mase 13/3/2012 tu... Patutla aku g ngan kawan aku ni sekali...(Fana, angah n reha... hai korg...) *berangan, mcmla diorg bc blog ko nih...hehehe* Tp atas sbb2 yg tak dpt di elakkan, diorg cancel last minute... aku pon mmg dah apply cuti, proceed je la.. so aku, hubby ngan aqif je la yg g... En hubby mmg dah pesan utk bwk extra baju... taku2 tetibe nak stay sana lak... aku ikutkan je la....

Ok, jom layan gmbr.. lets picture do the talking...=)








Lps tgk swimming pool hotel colmar yg agak menarik tu, hubby terus ajak tdo sana,,, Kitorg pon tanya la reception RM berapa 1 mlm... dia kata RM230 utk standard... Tp kalau gov, jadi RM184... aikkk... byk kot discount....Tp kene tnjk ID (staff ID tu) Laki aku cikgu kot... Cikgu mane ada pakai2 ID segala bagai kan? Staff tu insist utk mintak ID jugak as proof... Hubby siap kata lg dia hafal no dia, tp physical ID2 ni xde la, sbb kebykan cikgu/ sekolah xde wat ID ni... diorg tetap nak bukti, mcm surat tawaran ke, salary slip ke... sbb nak copy utk hntr kat finance dept... mcm2 hal la pulak.... RM50 discount punya pasal, kitorg decide utk crk any surat or document dlm kete.. tp mmg xde apa yg boleh di jdkan bukti sbb sume kat beg sekolah hubby... n beg tu kat umah.... hurrmmm....

Last2 kitorg decide utk tdo kat seremban sbb aku ajak g Wet World Pedas, esoknya.... saja nak bwk aqif mandi2....






Saturday, February 25, 2012

Ganjaran Untuk Isteri Solehah

Salam...

Baca2 kat Fb terjmp lak artikel ni... As a wife,as reminder... simpan kat sini sbg peringatan...=)

Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah :
a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”....
d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”


Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

Monday, February 20, 2012

Top 5 Favorite Shopping Centre

Salam...

Ok,entry kali ni saje nak share my own Top 5 favorite shopping complex yg sering dilawati....

1. Sunway Piramid
Reason ? Hehehe... bleh la kata saksi cinta aku n hubby....ecece...=) Ni la tmpt dating favorite kitorg before married... Lgpon dekat ngan umah aku.... n jgn tak tau... aku boleh hafal n ingat the location most of the shop there.... hehehee... n skang ni masih still ke sana kalau nak crk pape barang pon.... Sgt convenient n cozy... parking pon no issue for me.....

2. The Curve, Kota Damansara
The Curve ni kan kat Kota Damansara...so, still area PJ...dekatla... memang antara favorite place la skang... aku suke g the curve ni sbb dia sgt besar cam sunway piramid gak... mcm ada... tambah skang ni, aku dah jmp kedai baju favoraite... mmg kesana la tiap2 bulan...hehehee...beside, dia dihubungkan dgn IKEA n TESCO... so, setiap kali g sana mesti cuci mata gak masuk ikea.. hehehe... best!! and the most important dia sgt children/ baby friendly.... mmg ada satu level yg jual sume brgn baby je.... nak BF aqif pon sng.....

3. Subang Parade
Normally, aku akan datang sini without any intention of buying pon... just for window shopping n tgk gelagat org...xde apa nak beli, tp suke je nak dtg sini... So far antara banyak2 shopping complex, subang parade la aku akan bg 5 stars utk bilik baby changing or BF dia.. sgt selesa n besar....mmg terbaik!!! dlm tu jugak ada tmpt main n toilet utk kanak2 tau... kalau nak shopping brg pon, sume ada... kedai mkn mmg heaven la.... mcm2 ade kot..

4. SACC Mall, Shah Alam
If i not mistaken, SACC stand for Shah Alam Convention Centre...Dia ada convention centre jugak,just berdepan ngan mall dia... aku suke g sini sbb yg sama, cozy... lg pon area shah alam...ade few shop yg aku suke nak jenguk....n usually weekend mesti dtg mkn kat Uncle K...roti canai dia mmg terbaik la....hehehe...

5. Giant Seksyen 13, Shah Alam
Ni pon antara favorite place... padahal bukan ada ape pon kat sini.... tp every month without fail,at least 1x mesti aku akan dtg sini... Reason? sbb kami selalu shopping brg dapur kat giant.... then akan terus bayar bil talifon n beli COOL BLOG... heheheh

K, that s all.....(^,^)

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

Tuesday, February 14, 2012

Kanak2 balajar apa yang mereka alami...

Salam...
Jika kanak- kanak hidup dengan KRITIKAN,
Mereka akan belajar MENGUTUK.

Jika kanak- kanak hidup dengan PERMUSUHAN,
Mereka akan belajar BERTUMBUK.

Jika kanak- kanak hidup dengan CEMUHAN,
Mereka akan belajar menjadi PEMALU.

Jika kanak- kanak hidup dengan KEAIBAN,
Mereka akan belajar mengaku BERSALAH.

Jika kanak- kanak hidup dengan TOLERANSI,
Mereka akan belajar menjadi PENYABAR.

Jika kanak- kanak hidup dengan DORONGAN,
Mereka akan belajar menjadi YAKIN.

Jika kanak- kanak hidup dengan SANJUNGAN,
Mereka akan belajar MENGHARGAI.

Jika kanak- kanak hidup dengan SAKSAMA,
Mereka akan belajar menjadi ADIL.

Jika kanak- kanak hidup dengan KESEJAHTERAAN,
Mereka akan belajar menjadi SETIA.

Jika kanak- kanak hidup dengan KEBENARAN,
Mereka akan belajar MENGHARGAI DIRI MEREKA.

Jika kanak- kanak hidup dengan PERSAMAAN & PERSAHABATAN,
Mereka akan belajar MENEMUI KASIH SAYANG.

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

Monday, February 6, 2012

Popiah Susu / Nestum Terbaikk dr ladang!!!

Salam...
Sapa2 yg nak order popiah susu, popiah nestum, popiah milo, popiah pedas... marila order....=)
Original Flavor = Susu

Milo Flavor 

INTRODUCTORY PRICE IS :
RM11 for Original Flavor
&
RM13 for Other Flavor
Buy more than 5, you will get RM1 discount!!!  More you buy, more you save....



Open order for door gift as well....





Anything can contact 012-3559910....


Nota Kaki : sekali rasa pasti nak lagi... mmg terbaik... sedap sgtttt!!!!!!!


Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

Thursday, October 20, 2011

Fakta Sebenar Disebalik Kes Budak Kena Langgar kat China

Salam...

Korg ada dgr cite x pasal budak 2 tahun yg kene langgar kat cina tu?? Astagfirullahazim... kejamnye la kan...
Kenapa la diorg xde rasa simpati lansung... ntahla~~
Tapi baru2 ni aku ada dpt email mengenai fakta kenapa xde org tolong budak... jom baca... sharing is caring kan....hehehe.. credit to yg share...

TAOTAUAJER - Tao yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?


Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan loritapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah….

Sekarang tao nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,Sila jangan tolong.. ASAL? PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung. Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diekena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...Tao berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah ! JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri. Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~


Till then, daaa...


Wassalam..

Thursday, April 14, 2011

2 Perkara

Aritu ader terbaca tentang 2 perkara ni, mcm best pulak... so xsalah nak share kat blog ni utk tatapan semua n utk mengingatkan diri jgk kan...=)


Ingatlah 2 perkara: 
1. kebaikan orang kpd kita
2. kesalahan kita kpd orang

Lupakan 2 perkara: 

1. kebaikan kita kpd orang
2. kejahatan orang kpd kita

Tuesday, February 1, 2011

alhamdulillah...

Aritu aku ader g course name moving from "i can' to i will make a diffence. Satu bende yg aku belajar mase g course kat bangi  aritu adalah BERSYUKUR.... Bersyukur ngan apa yg kite ade.... aku bekerja di RHB Bank yg kurasakan sgt kedekut... heheheh... rase maybank lg better... tp kalau maybank better, ape aku wat kat rhb?? bank yg satu itula yg bagi aku mkn n hidup senang kan.... kalau kite tanye sume org, ade ke yg suke ngan keje dia?? kalau ader, mesti xsuke company tu, or maybe xsuke bos dia, or maybe keje yg berlambak, or maybe environment or surrounding yg xmesra alam or politik keje.... as for me, everything was complete... masuk keje 845 n blk 545 on time!!! kalau aku ader hal, aku leh klua lunch seawal 1145 n pulang semula pada 230 ptg... xcukup syok ke??? biasala manusia xpenah bersyukur kan??? tp tula skang aku suke sgt ngan ayat "whatever is due to u, will be yours it just a matter of time.." tp btolla kan.... kalau mmg dah rezki kite atau dah di tetapkan utk kite, mesti akan jadi milik kite jgk.... xkesah dlm ape jua pon... keje ke, family ke, jodoh ke... so skang, aku lebih menghargai n bersyukur dengan ape yg aku...
Thanks Allah, for all that i have now... i have lovely husband named Mohd Farhan, cute son name Muhammad Aqif Hafiy, complete family and good job at RHB Bank..hahahah...


Saturday, January 8, 2011

Cara menyimpan susu perahan

Alhamdulillah, aqif dah almost 2 months, n aku masih dapat fully bf dia...semoga aku dpt fully bf aqif sekurang2nye 6 bulan...fully, means mmg xcampur FM la...kalau dpt 6 bulan tu pon aku dah bersyukur sgt2...tp lps 6 bulan tu kalau aku masih kental n aqif still demand, aku akan terus fully bf dia n xcampur lansung FM...amin...hehehe... k, berbalik pada tajuk entry kali ni, actually, dah lama sebenarnye aku mencari jawapan utk soalan di atas ni...Alhamdulillah, lps explore blog kawan2, jmp lak entry ni... Ni saje simpan as future refernce n untuk sharing jgk... Thanks, puan nadxoxo...=)

SOALAN:
Berapa lama susu saya boleh bertahan dalam:
a) Suhu bilik
b) Peti ais (1 pintu)
c) Peti ais bawah (2 pintu)
d) Peti ais atas (2 pintu)
e) Deep freezer

JAWAPAN:
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia, dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais. Banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini. Jadi jawapan ini telah Ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga berdasarkan kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman Ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2). So inilah jawapan Ummi yang Ummi rasakan paling sesuai:

a) Suhu bilik - Boleh bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (Ummi dah buat experimen pun sbb Ummi expressing pumping)

b) Peti ais (1 pintu) - Paling lama bertahan selama 2 minggu sahaja. Kerana suhu bagi peti ais 1 pintu berbeza dengan yang 2 pintu. Ini kerana peti ais 2 pintu jika dibuka pintu bawah, susu di bhg atas tidak berubah. Sedangkan peti ais 1 pintu merangkumi kedua-dua bahagian sekaligus.

c) Peti ais bawah (2 pintu) - Paling lama bertahan selama 72 jam tetapi Ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.

d) Peti ais atas (2 pintu) - Paling lama bertahan selama 3-6 bulan, bergantung kepada kekerapan membuka pintunya. Semakin kerap dibuka, semakin kurang jangka hayatnya. Ummi ambil 3 bulan sahaja.

e) Deep freezer - Paling lama bertahan selama 6-12 bulan. (Lamakan? Subhanallah). Juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka.

Info tambahan: Susu dari peti ais yang telah di cairkan (thawed), hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya. Dan apa yg Ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja. Apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa (kita lebih tau dah basi ke belum), walaupun sudah terlebih tarikh, ianya masih selamat digunakan. InsyaAllah. Dan harus juga Ummi ingatkan bahawa susu yg disimpan di bahagian dalam peti ais adalah lebih baik dari yang disimpan di tepi pintu peti ais.

SOALAN:
Berapa lama susu yang telah dipanaskan boleh digunakan?

JAWAPAN:
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan:

a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah peti ais) - Selepas dipanaskan, jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam. Dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam.

b) Susu beku (thawed) - Selepas dipanaskan, bertahan 1 jam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang.

Susu yang telah diminum baby tidak boleh digunakan semula kerana air liur baby juga ada bacteria dan enzyme. Dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh? Ini adalah kerana proses pembekuan tu sebenarnya mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu.

SOALAN:
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

JAWAPAN:
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan. Dan sekiranya ingin memudahkan kerja, boleh juga di panaskan menggunakan warmer. Harus diingat, JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak, menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius. Ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut.

SOALAN:
Bolehkah saya mencampurkan susu jam 2 petang dengan 6 petang?

JAWAPAN:
Sebenarnya Ummi tidak berapa menggalakkan untuk susu dicampurkan. Tetapi sebagai panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama, kadang-kadang sedikit dan adakalanya banyak.

So, jawapan Ummi ialah BOLEH. Dengan syarat:
1. Susu-susu yg dicampurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja. Maksudnya masa perahan tarikh yg sama.
2. Susu yg baru diperah hendaklah disejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam. Apabila suhu kedua-dua susu yg ingin dicampurkan tersebut telah sama, baru lah boleh di campurkan keduanya.

SOALAN:
Bolehkah susu yang saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum. Tetapi tidak habis. Bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan?

JAWAPAN:
Actually Ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi berdasarkan pengalaman Ummi sendiri, BOLEH. Dengan syarat:

Contoh: Kita pam dapat sekitar 4 oz, asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standby kalau tak cukup. Susu yg belum diminum ini masih boleh disejukkan dan di panaskan semula untuk digunakan. Dan bagi yg telah diminum tadi, Ummi tak galakkan simpan sebab campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme. Kita lebih tahu banyak mana anak kita perlukan. So, asingkan siap-siap.

Wednesday, December 8, 2010

Pembunuh Semangat

Aku ada terbaca ayat ni, and saja nak share dgn korang...

"Zaman sekarang ni..bidang keusahawanan masih lagi asing di kalangan masyarakat melayu kita orang-orang melayu adalah orang2 yang takut mengambil risiko dah la ada yang takut..masyarakat sekeliling pulak menakut-nakutkan mereka dari terlibat dalam bidang perniagaan yang takut kan tu x kisah la samada kawan..keluarga sendiri atau sesiapa saja....

actually masalah ni bukan masalah kecil but it is totally BIG problem masalah ini lah yang banyak membunuh banyak potensi usahawan yang bakal menjadi kebanggaan negara satu hari nanti kalau ada seorang melayu yang menyatakan hasratnya utk menjadi usahawan kepada seorang melayu lain, mereka bukan mendapat galakan malah akan dihidangkan dengan 1001 cerita kegagalan orang2 yang pernah terlibat dalam bidang keusahawanan ini dan menggigil2 katakutanlah org yang menyatakan hasrat utk menjadi usahawan tadi
maka dia pun akan berkata " kalau macam tu takpelah, biarlah aku makan gaji saje...."

hanya dengan satu ayat sahaja sebenarnya boleh membunuh potensi seorang bakal usahawan dan jutawan"
- Allayarham Tan Sri Nasimuddin -

Bile dipir2 blk, btol kata Allahyarham kan...Em, skang ni mane2 pon org berckp pasal perniagaan or bisnes...n sbb zaman yg serba canggih ni, ramai la yg wat online bisnes... Actually, aku pon penah berbincang ngan hubby utk wat bisnes, just kekangan mase, wang ringgit n idea yg menghalang.... hehehehe...
InsyaAllah, kalau ader rezki, nak jugak mulakan bisnes... kawan2 doakan yeh??? aminnnn........

Monday, November 8, 2010

Suamiku

Aku terbace satu link kat fb...syok n sweet je rasenye....heheheh...terpikir nak share kt blog...jom bace...

                                                                                                                           

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak..

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu


Sweet nyerla husband dia wpon mmg menyakitkan ati...heheheh...Bile bace entry ni, actually aku rase ape yg ditakdirkan utk kite adalah yg terbaik kan... Mcm aku, wpon aku n suami kawan almost 10 years before kawen, itu bukan jaminan yg aku btol2 kenal dia... Xkesah lame atau sekejap perkenalan sebuah hubungan tu, yg pasti segalanya baru bermula bile kite dah duk satu umah... Mase tu baru kite tau SEGALANYA yg kite xtau n xsangka pasal pasangan kite...Bile dah kawen, suami n family kite adalah first priority...n yg paling penting adalah komunikasi n tolak ansur.... (^_^)