Saturday, September 22, 2012

Hand Foot & Mouth Disease (HFMD)

Salam...

Aritu aqif kene admit kat hospital sbb dia kene infection HFMD, penyakit mulut kaki dan tangan... Saya ssgt2 risau ok....So, kat sini, just nak share ngan semua pasal virus ni... Dont take things for granted... Make sure early prevention and protection k...  Will update pasal aqif admit soon... so, jom tambah ilmu pasal this infection...=)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANAK anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.

Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan.
Wabak HFMD yang menyebabkan semua 488 taman asuhan kanak-kanak di Sarawak ditutup serta-merta selama dua minggu sejak 3 Mac lalu sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa, termasuklah yang berada di Semenanjung tanah air.

Sehingga kini, HFMD telah meragut empat nyawa manakala Brunei Darussalam mencatatkan satu kematian pada 5 Mac lalu dan turut menutup semua sekolah rendah dan sekolah agama di negara berkenaan bermula Rabu lalu sehingga diberitahu kelak.

Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat HFMD, setahun kemudian.
Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama.

Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, rasa panik serta kekeliruan yang berkaitan dengan ciri-ciri penyakit HFMD seperti mengaitkannya dengan penyakit kuku dan mulut (HMD) yang menyerang binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri.

Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.

Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.

Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.

Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.

Gejala-gejala

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
•  Ulser pada tekak dan mulut
•  Sakit kepala
•  Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

Komplikasi
Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.

Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).

Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.

Prognosis
Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Hubungi doktor sekiranya:
• Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
• Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
• Demam lebih tiga hari
•  Sakit mulut semakin teruk
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Langkah-langkah pencegahan

• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

 Sumber : Kementerian Penerangan

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Friday, September 21, 2012

Happy Birthday Fairuz Shahida!!

Salam...

Happy Birthday Fairuz!! Semoga pnjg umur dan diluaskan rezeki, diberi kesihatan yang baik, bahagia disamping suami dan anak, sihat tubuh badan, happy selalu.... Alhamdulillah... itu antara wish and pray that i received today...
Thanks Allah, Thanks for everything... I really appreciate 0f what i have now... Hope for many2 happy return to me...May Allah bless me...(^,^)

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Tuesday, September 18, 2012

Kalau kite terjaga malam....

Salam...

Jika Anda Terjaga Di Tengah Malam
1. Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

2. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Friday, September 14, 2012

Bila Aqif Demam...

Salam....

Bila aqif demam, segalanya xkeruan.... Sekarang ni kan mcm2, sbb tu kene refer cepat n mkn ubat cepat... Selasa, badan dia da start panas, tp still aktif lagi as usual..so aku xde la risau sgt sbb dia mcm bole lawan lagi... Tapi bile khamis pagi tu asyik duk nangis je.... lembik je... aku mmg risau la kan.... asyik nak dukung n peluk aku je... Bile tanya nak ape... dia jawab bak mummy, nak mummy...hehehe...

Paling risau bile ada byk ulser kecik2 dalam mulut dia... mestila sakitkan... n he refuse utk masukkan APA SAJA dalam mulut dia... Sume xnak, air, susu, mkn, ubat...lagi la i risau kan... Teringat doc ckp smlm, just pantau 2, 3 hari ni, kalau xok jugak, kene admit.... ikut kan papa dia nak admit je, biasala lelaki kan...then smlm aku kol DEMC blk, refer ke Paed kan.. aku tanye cane kalau baby xnak mkn pape pon...dia bukak je mulut dia, tp ketap gg....Nurse tu kate mesti kene paksa... So, lps tu, aku paksa je dia mkn antibioik n ubat titik utk tekak dia... 

Pagi ni, alhamdulillah, badan dah xsepanas semlm.... n dah nak minum susu botol..=) Susu aku, dia nak minum tau... sian,...=( tapi bila masukkan mulut dia kat puting aku, terus keluarkan balik....maybe sbb ulser kat mulut dia, tu yg xselesa.... So, bengkak la Cik B aku.... sakit wo... dah mcm mase pantang dulu, bengkak susu.... Time ni la crk blk pam susu aku kat stor... jmp!! tapi ada bende kecik, utk tapis tu hilang.... so, machine ni xleh nak suck... dah xtahan sgt....aku pam manual je, picit2.... dapatla 3 oz...alhamdulillah....=)

hasil perahan... jadilah... manual ni....gigih...




 blur...

 meleleh2 air liur ha... xnak di ketapnye mulut tu,....

 mummy sakittt....:'(

 tdo dah...=)

  hahaha, adala setengah jam kitorg ttdo dlm kete ni...

Aqif syg... semoga cepat sembuh k... anak mummy kuat kan.. Good Boy...mummy n papa love u so much....(^,^)
 

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Friday, September 7, 2012

By, org mintak maaf.....

Salam...

Rase bersalah dlm diri ni, tak hilang lagi.... By, org mintak maaf yehh....=( Terkadang rase sgt beruntung... Sifat sabar dlm diri Mohd Farhan sgt tinggi.... mungkin mcm bende kecik, tp aku sgt rase bersalahhhhh......

Selasa - Khamis aritu hubby kene g Kursus Induksi kat Pangkor... So, parent aku teman la kat umah... Pagi selasa aku hantar hubby aku g PDD, si dorg bertolak dari situ....

my cute n gemOk hubby... sebelum bertolak, smpt snap gmbr dia...hahaha 
aku sorg je leh pggl dia gemOk ok...heheh

byk gile bas... adela, 8 kot...


Ok, nak dipendekkan cerita khamis tu hubby blk... so ofcoz aku keep on asking la smp kul berapa kan... excited you.. .. tp kul 5 tu masih kat Lumut lg... So,what do u expect.... mmg mlm la kan br smp... Aqif as usual akan tdo awal, dlm kul 8-9 camtu.. Aku ofcoz la bersemangat waja nak tggu hubby aku smp kan... so, every half an hour aku buat find finder....hahahah..... konon xnak la obvious sgt msg dia, nak tau dia katne kan....sementara tu aku buatla pape yg patut...kemas2 n baring.... sekali, dlm kul 1030, aqif nak susu, aku baring la sebelah dia.... tgn sempat mencapai HP lg, utk find katne... sekali dah nak smp... dah kat Jln PJS, mmg nak dekat dah la.... pastu korg tau ape jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?????????????

Aku telah terlelap n hubby aku x bawak kunci rumah!!!!!..... Astagfirullahalazim............Kul 11:53 mlm baru aku tersedar n terdengar bunyi kuat org ketuk pintu...... kesiannye by..... dah sejam lebih dia cube utk kol aku n ketuk pintu.... tp aku xdgr...... hp bawah bantal ok!!! Tetibe aku tersedar n angkat phone... n husband aku kate dia da kat depan rumah... aku cepat2 bukak pintu.... Dia tenang je masuk n angkat barang... aku berkali2 la mintak maaf sebab tertdo kan..... dia bole kate xpe, xpe... org phm... awak penat kan... dah xdgr nak wat cane, sambil usap kepala aku...=( aku tggu smp dia siap2 utk tdo utk mintak maaf lg.... Dia tak marah aku, sbb tu aku rase sgt bersalah.... kesiannye dia tggu lame kat luar tu..... Dah la penat2, tetibe jadi camni pulak....By, org mintak maaf k... Terima Kasih atas rase itu.... Awak sgt penyabar n memahami... I love U so muchhhhh dearrr....='( *sedih*

latest pic of us...
see, my gg besi...

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA