Wednesday, November 14, 2012

Packing Time...

Bismillahirrahmanirrahim.....
 Salam.....

Finish packing at this time, almost 3!! Fuhhh..... Semoga perjalanan esok di permudahkan olehmu, Ya Allah....


Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Wednesday, October 31, 2012

My Birthday Celebration

Salam...

Although dah sebulan berlalu, still nak share kat sini, this year punye birthday celebration.... cekidaut!!!


 
1. First celebration, with Papa n aqif @ Secret Recipe...Kek Wajib, Coklat Lava... Yummy!! Peace...

 Ni Thai fried rice rasenye...


Nak jugak, si kecik ni.... Burger Mini... comell, siap ader bendera....

 2. 2nd celebration, weekend... Papa blanja Baskin Robin.... Yeay...
I know he loves me so much!!! Thanks dear... <3 nbsp="nbsp" span="span">

  Birthday Gurl....

Hahaha... paksa aqif mkn.....

as usual, my assistant yg tolong perabih.... both okeh!! heheh....

 

3. 3rd Celebration with My In law.... Thanks sume.. for the celebration....
Sedap gile kek nih.... Red Velvet....

 My MIL & FIL.... Love both of them!

Ni adek iparku...yg hujung is yg bongsu, cik ika....  
yg sebelah aqif is Nina... sorry, not available....
nak kawen dah.... hehehe...

Celebration was done at Restoran Chan Abdullah, Shah Alam.... Great taste!!

4. This the last one.... This one really terharu....
Aku tgh meeting at level 3... then, the whole dept at level 6, dtg turun bawak kek n nyanyi birthday song.... so cute.... when i sms the my ofismate, dia kate my bos punye plan.... hehehe.... Thanks Boss!!!

Alhamdulillah.... Thanks Allah for everything that i have.... Semoga aku pnjg umur dan diluaskan lagi rezkiku....dan bahagia disamping suami dan zuriatku.....
Ya Allah,ingatkan aku tentang syukur dan sujud kepadamu kerana sesungguhnye kadang ku leka urusan dunia....Ameen...

 

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Wednesday, October 17, 2012

Warna & Auranya

Salam... 
Terjumpa kat FB... just share....
Salah satu motivasi dan aura diri..
Warna-warna yang mendatangkan aura dan mood positif kepada si pemakainya.
Isnin- Putih
Selasa- Pink
Rabu- Biru
Khamis- Kuning
Jumaat- Hijau
Sabtu- Merah
Ahad- Hitam
Selamat mencuba. Kadang2 si pemakainya rasa macam biasa tapi org sekeliling yg memandangnya rasa luar biasa. Walau apa pun semuanya berkait rapat pd self-confident and positive thinking.


Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Thursday, October 4, 2012

My current weight

Salam...

My current weight is...




Hurm... kembali kepada berat badan sebelum kawen.. tapi... xideal rasenye,.... kurus, sejak besi dipasangkan di gigi...=)



Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Saturday, September 22, 2012

Hand Foot & Mouth Disease (HFMD)

Salam...

Aritu aqif kene admit kat hospital sbb dia kene infection HFMD, penyakit mulut kaki dan tangan... Saya ssgt2 risau ok....So, kat sini, just nak share ngan semua pasal virus ni... Dont take things for granted... Make sure early prevention and protection k...  Will update pasal aqif admit soon... so, jom tambah ilmu pasal this infection...=)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANAK anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.

Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan.
Wabak HFMD yang menyebabkan semua 488 taman asuhan kanak-kanak di Sarawak ditutup serta-merta selama dua minggu sejak 3 Mac lalu sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa, termasuklah yang berada di Semenanjung tanah air.

Sehingga kini, HFMD telah meragut empat nyawa manakala Brunei Darussalam mencatatkan satu kematian pada 5 Mac lalu dan turut menutup semua sekolah rendah dan sekolah agama di negara berkenaan bermula Rabu lalu sehingga diberitahu kelak.

Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat HFMD, setahun kemudian.
Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama.

Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, rasa panik serta kekeliruan yang berkaitan dengan ciri-ciri penyakit HFMD seperti mengaitkannya dengan penyakit kuku dan mulut (HMD) yang menyerang binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri.

Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.

Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.

Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.

Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.

Gejala-gejala

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
•  Ulser pada tekak dan mulut
•  Sakit kepala
•  Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

Komplikasi
Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.

Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).

Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.

Prognosis
Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Hubungi doktor sekiranya:
• Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
• Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
• Demam lebih tiga hari
•  Sakit mulut semakin teruk
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Langkah-langkah pencegahan

• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

 Sumber : Kementerian Penerangan

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Friday, September 21, 2012

Happy Birthday Fairuz Shahida!!

Salam...

Happy Birthday Fairuz!! Semoga pnjg umur dan diluaskan rezeki, diberi kesihatan yang baik, bahagia disamping suami dan anak, sihat tubuh badan, happy selalu.... Alhamdulillah... itu antara wish and pray that i received today...
Thanks Allah, Thanks for everything... I really appreciate 0f what i have now... Hope for many2 happy return to me...May Allah bless me...(^,^)

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Tuesday, September 18, 2012

Kalau kite terjaga malam....

Salam...

Jika Anda Terjaga Di Tengah Malam
1. Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

2. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Friday, September 14, 2012

Bila Aqif Demam...

Salam....

Bila aqif demam, segalanya xkeruan.... Sekarang ni kan mcm2, sbb tu kene refer cepat n mkn ubat cepat... Selasa, badan dia da start panas, tp still aktif lagi as usual..so aku xde la risau sgt sbb dia mcm bole lawan lagi... Tapi bile khamis pagi tu asyik duk nangis je.... lembik je... aku mmg risau la kan.... asyik nak dukung n peluk aku je... Bile tanya nak ape... dia jawab bak mummy, nak mummy...hehehe...

Paling risau bile ada byk ulser kecik2 dalam mulut dia... mestila sakitkan... n he refuse utk masukkan APA SAJA dalam mulut dia... Sume xnak, air, susu, mkn, ubat...lagi la i risau kan... Teringat doc ckp smlm, just pantau 2, 3 hari ni, kalau xok jugak, kene admit.... ikut kan papa dia nak admit je, biasala lelaki kan...then smlm aku kol DEMC blk, refer ke Paed kan.. aku tanye cane kalau baby xnak mkn pape pon...dia bukak je mulut dia, tp ketap gg....Nurse tu kate mesti kene paksa... So, lps tu, aku paksa je dia mkn antibioik n ubat titik utk tekak dia... 

Pagi ni, alhamdulillah, badan dah xsepanas semlm.... n dah nak minum susu botol..=) Susu aku, dia nak minum tau... sian,...=( tapi bila masukkan mulut dia kat puting aku, terus keluarkan balik....maybe sbb ulser kat mulut dia, tu yg xselesa.... So, bengkak la Cik B aku.... sakit wo... dah mcm mase pantang dulu, bengkak susu.... Time ni la crk blk pam susu aku kat stor... jmp!! tapi ada bende kecik, utk tapis tu hilang.... so, machine ni xleh nak suck... dah xtahan sgt....aku pam manual je, picit2.... dapatla 3 oz...alhamdulillah....=)

hasil perahan... jadilah... manual ni....gigih...




 blur...

 meleleh2 air liur ha... xnak di ketapnye mulut tu,....

 mummy sakittt....:'(

 tdo dah...=)

  hahaha, adala setengah jam kitorg ttdo dlm kete ni...

Aqif syg... semoga cepat sembuh k... anak mummy kuat kan.. Good Boy...mummy n papa love u so much....(^,^)
 

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Friday, September 7, 2012

By, org mintak maaf.....

Salam...

Rase bersalah dlm diri ni, tak hilang lagi.... By, org mintak maaf yehh....=( Terkadang rase sgt beruntung... Sifat sabar dlm diri Mohd Farhan sgt tinggi.... mungkin mcm bende kecik, tp aku sgt rase bersalahhhhh......

Selasa - Khamis aritu hubby kene g Kursus Induksi kat Pangkor... So, parent aku teman la kat umah... Pagi selasa aku hantar hubby aku g PDD, si dorg bertolak dari situ....

my cute n gemOk hubby... sebelum bertolak, smpt snap gmbr dia...hahaha 
aku sorg je leh pggl dia gemOk ok...heheh

byk gile bas... adela, 8 kot...


Ok, nak dipendekkan cerita khamis tu hubby blk... so ofcoz aku keep on asking la smp kul berapa kan... excited you.. .. tp kul 5 tu masih kat Lumut lg... So,what do u expect.... mmg mlm la kan br smp... Aqif as usual akan tdo awal, dlm kul 8-9 camtu.. Aku ofcoz la bersemangat waja nak tggu hubby aku smp kan... so, every half an hour aku buat find finder....hahahah..... konon xnak la obvious sgt msg dia, nak tau dia katne kan....sementara tu aku buatla pape yg patut...kemas2 n baring.... sekali, dlm kul 1030, aqif nak susu, aku baring la sebelah dia.... tgn sempat mencapai HP lg, utk find katne... sekali dah nak smp... dah kat Jln PJS, mmg nak dekat dah la.... pastu korg tau ape jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?????????????

Aku telah terlelap n hubby aku x bawak kunci rumah!!!!!..... Astagfirullahalazim............Kul 11:53 mlm baru aku tersedar n terdengar bunyi kuat org ketuk pintu...... kesiannye by..... dah sejam lebih dia cube utk kol aku n ketuk pintu.... tp aku xdgr...... hp bawah bantal ok!!! Tetibe aku tersedar n angkat phone... n husband aku kate dia da kat depan rumah... aku cepat2 bukak pintu.... Dia tenang je masuk n angkat barang... aku berkali2 la mintak maaf sebab tertdo kan..... dia bole kate xpe, xpe... org phm... awak penat kan... dah xdgr nak wat cane, sambil usap kepala aku...=( aku tggu smp dia siap2 utk tdo utk mintak maaf lg.... Dia tak marah aku, sbb tu aku rase sgt bersalah.... kesiannye dia tggu lame kat luar tu..... Dah la penat2, tetibe jadi camni pulak....By, org mintak maaf k... Terima Kasih atas rase itu.... Awak sgt penyabar n memahami... I love U so muchhhhh dearrr....='( *sedih*

latest pic of us...
see, my gg besi...

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Wednesday, August 29, 2012

Puteri Jasmin - Teratak NorMan

Salam....

We always pray the best for our parent kan?? Same goes to me.. Love them so much wpon sometimes kite xtnjk cara kite syg diorg kan... Entry kali ni just nak share, Teratak NorMan, kat Kota Puteri, Ijok...which is rumah baru parents aku... Haha, xde la baru sgt pon, since last year pindah... tp skang ni br btol2 settle the revonation everything....

Although sometimes aku xberapa agreed on the layout yg abah aku buat, but since dia happy, aku ikutkan je... n hasilnye pd aku memberansangkan... duk pon berdua je ngan mak aku kan... k, jom layan gmbr....=)

Inila Teratak NORsiah + SulaiMAN...

Pandangan Depan

Yes.. pokok pisang....=)

Sibuk nak interprame gak my lil encem boy...hehe..

ciku.. buah dia mmg lebat, padahal pokoknye kecik jer.. manisss...terbaekla...

pokok betik setinggi aqif je...

"atok buat ape tu".. bising mulut dia btanye itu ini....

pandangan dr dalam..

dr tepi...

...

nmpk mcm luas benar... tp xdela luas sgt...
seronok si kecik tu lari2... dlm pagar...so no worries la...




Ok...itu saje utk entry kali ni....btw, really happy for them.... bak kata abah, hadiah utk ibu...so sweet....hehehe...will always pray for my lovely parents... semoga diorg sentiasa diberi kesihatan yang baik, bahagia dunia akhirattt....aminn....

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Salam....

Hopefully masih tak terlambat utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir Batin pada semua kawan2 maya, blogger and all muslim...

Semoga redha Allah bersama kita sepanjang masa dan kita sentiasa tergolong dalam rahmatNya... Aminn....

 
Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Saturday, July 21, 2012

Pedisure Oh Pedisure

Salam....

Aqif skag dah 1 tahun 8 bulan... Alhamdulillah aku still BF dia lg, wpon bukan fully......amin... terima kasih Allah atas rezki yg kau bagi kat aqif... Seronok sebenarnya dpt breast feed anak ni kan... dpt peluk2 dia, gomol2 dia... perasaan yg sgt indah....=) Just skang aku dah xpam, n dah start campur ngan formula milk.... Aqif ni jenis yg xnak mkn,so aku assume maybe sbb dia kenyang ngan susu aku... tp bile bekalan susu aku xmencukupi, terpaksa crk alternative utk bg FM.... n of coz doc suggest Pedisure Dia kata anak dia pon minum Pedisure, skang dah 4 tahun.... n very clever... Hurm....


1st month consume Pedisure, alhamdulillah aqif leh minum susu tu, berat badan dia pon naik....Kat rumah pengasuh selang seli ngan stok susu aku n Pedisure la.... Skang dah almost 3 months aqif minum Pedisure... stok susu aku dah abis, so, aku akan just bg aqif direct BF time mlm... susu still keluar...just dah x pam...

Ok, berbalik kepada Pedisure... aku just nak share actually terasa sgt duit keluar mcm air bile anak kite  dah start consume FM ni.... Kelebihan bg BF sgt la byk... selain benefit2 yg ada kat susu ibu tu, kite jugak xklua duit pon... skang bile dah start bg FM, mmg byk pki duit... plus Pedisure ni bukan murah.... Skanng ni dah kene spend almost RM300 utk susu Aqif je... 

Oleh kerana mahal yg melampau, kitorg try tuka susu Enfagrow aritu... Tp dia cirit birit lak.... Then beli S26, dia xnak minum pulak.... Hurm, last2 hubby kata, xpela, teruskan jela minum Pedisure ni, khasiat pon byk.... kite simpan la duit, susu tu pon bagus.... Hurmm, mmg agreed... asalkan aqif sihat, dia nak mkn n minum itu yg penting kan...

My dear aqif, membesar dgn kuat dan sihat ye syg... mummy n papa syg awak sgt!!


Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Salam Ramadhan 1433H

Salam.....

Salam Ramadhan untuk semua umat islam di dunia... 
Semoga Ramadhan kali ni memberi 1001 keberkatan kepada kite semua...
Maaf di pinta atas segala salah dan silap...
Selamat Berpuasa dan berterawih....=)

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FFA

Wednesday, July 11, 2012

Kisah Pensil & Pemadam

Salam.....

Terjumpa cite ni kat FB.... Best lak to share...=) Happy reading!!!
Kisah pensil dan pemadam serta pengajarannya......

Pencil: I'm sorry !
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me.

Whenever I made a mistake, you're always there to erase it.

But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself.

You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this.

I was made to help you whenever you do something wrong.

Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one,

I'm actually happy with my job.

So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

This conversation between the pencil and the eraser very inspirational.

Parents are like the eraser whereas their children are the pencil.

They're always there for their children, cleaning up their mistakes.

Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on.

Though their children will eventually find someone new (spouse),

but parents are still happy with what they do for their children,

and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

All my life, I've been the pencil.

And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day.

For I know that one day,

all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have.

We never know the love of our parents for us
until we have became parents
Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

 

Friday, July 6, 2012

Aku Si Gigi Besi

Salam...

Yeay... Hari ni, 6/7/12 bermula episod baru dlm hidup aku... hahaha... org pakai braces, sibuk nak pakai jugak... konon ikut trend... ceh...skang hambek kauuuuu!!! cane nak makan nih... adOiii...

Will share all the experience soon...saje nak abadikan dlm blog aku... (',')

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF

Photoshoot Aqif

Salam...

Aritu kitorg g Tesco, then nmpk banner ni....biasla, as a mother n anak sulong kan... sume bende nak experience n explore.... hurm...=)

Actually ni contest... kene spend berapa RM ntah kat Tesco... then br leh masuk...
 Hubby bising kate xyah.. hahah... xde, nak jugak, nak jugak!!! hahaha *degil sungguh*

 Tgkp gmbr free, tp klau nak sewa baju, RM10 yerr...

kebetulan blazer ni fit2 kat aqif... cumelsss... geram tau i...

 ok, smart2 sket.... ready....

 start posing

 letih cameraman ni suh aqif pose... aduhhh...
 start posing

senyum mummy...

 
Pandai tau crk bisnes... cameraman tu kate aku xleh ambik softcopy... klu nak kene bli RM50... mak aiii, cekik darah beno..so xjd la... nasib baik aku curik2 ambik pakai camera sendiri...heheehe...

Till then, daaaa...
Wassalam....
Lots of Love, FF